Jumaat, 15 April 2011

Jawatan Kuasa LINUS SKP 2011



SARINGAN LINUS Kohort 1 (2010) / Kohort 2 (2011)

SARINGAN LINUS Kohort 1 (2010) / Kohort 2 (2011)

PERHATIAN :

1. Data hendaklah diisi mengikut format yang telah disediakan. Sila tandakan berdasarkan penguasaan individu walaupun telah berada di aliran perdana. Jumlah bilangan murid harus JUMLAH SEBENAR yang ada dalam kelas tersebut.

3. Kemasukkan data hanya dari 11 April - 22 April 2011

LINUS 2011

Pada tahun ini, 2011.. Pengisian Data LINUS lebih canggih dan terperinci. Ini kerana SEMUA murid perli di berikan butir diri. Walaubagaimanapun, pihak kementerian telah memudahkan dengan menyediakan satu link khas di mana cikgu2 LINUS boleh terus meng-import maklumat murid terus daripada Sistem Maklumat Murid. Di sini saya serta kan beberapa perkara yang perlu di ambil kira untuk melakukan proses ini.
  1. Pastikan SMM versi 2010 (V4 ke atas)
  2. Sediakan Floppy A.
  3. Eksport hanya SATU kelas daripada SMM dalam satu masa. "" IMPORT/EKSPORT >> PPD/JPN >> KELAS ""
  4. Buka Portal LINUS - http://www.moe.gov.my/nkra
  5. Log In >> ID (linusjba****) Pass (8 angka)
  6. Klik pada "Pengisian LINUS"
  7. Baca arahan. (Pilih Kohort, Tahun Kutipan dan Saringan YANG BETUL)
  8. Klik pada "Import Data Sistem MAklumat Muris SMM)
  9. Pastikan Flopy A yang mempunyai data eksport dari SMM tadi telah di masukkan ke dalam Floppy A Drive (Slot Disket)
  10. Mula meng-import daripada Floppy A.
Sekiranya proses berjaya, butiran maklumat murid kelas anda akan tertera di situ.

Apa Itu LINUS???

LINUS
LITERASI & NUMERASI SCREENING

Numerasi

Operasi asas matematik digubal khusus bagi
menangani masalah yang dihadapi murid dalam:
  • menguasai kemahiran asas mengira
  • memahami idea matematik yang mudah
  • mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

  • Kandungan program telah dipilih dan disusun untuk memberi pengalaman yang cukup kepada murid:
  • membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan, dan
  • membolehkan mereka mengikuti pembelajaran Matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.