LINUS 2010

2010 merupakan tahun pertama Program LINUS ini dijalankan diseluruh Sekolah di Malaysia. Murid Tahun 1 2010 merupakan murid yang pertama dijalankan. Peringkat ini dinamakan KOHORT PERTAMA.

Beberapa perkara penting yang perlu ada, diingati dan dilakukan ialah:

  1. LINUS merupakan PROGRAM NKRA.. Jadi amat penting!!!
  2. Guru LINUS perlu menghadiri KURSUS yang di anjurkan KPM.
  3. Menjalankan 3 Saringan (Saringan Pertama, Kedua dan Ketiga) - Masa dan Waktu ditetapkan oleh pihak KPM.
  4. Setiap Saringan mempunyai dua saringan iaitu LISAN dan BERTULIS.
  5. Menentukan 'kelas' murid selepas saringan. (PERDANA, LINUS, LINUS TEGAR)
  6. Mengisi Data pada Portal LINUS yang ditetapkan. http://www.moe.gov.my/nkra/
  7. RPH guru LINUS mestilah mempunyai 2 Versi untuk setiap kali masa kelas sekiranya mempunya Murid LINUS di dalam kelas.
  8. Mewujudkan DUA Sudut LINUS. - Dalam Kelas dan Luar Kelas (Sekitar Kawasan Sekolah)
  9. Menyediakan beberapa Fail yang dikehendaki. (Fail Induk, Fail Murid, Fail Bahan-bahan dan lain2)
  10. Kerjasama daripada semua Guru.