Jumaat, 15 April 2011

LINUS 2011

Pada tahun ini, 2011.. Pengisian Data LINUS lebih canggih dan terperinci. Ini kerana SEMUA murid perli di berikan butir diri. Walaubagaimanapun, pihak kementerian telah memudahkan dengan menyediakan satu link khas di mana cikgu2 LINUS boleh terus meng-import maklumat murid terus daripada Sistem Maklumat Murid. Di sini saya serta kan beberapa perkara yang perlu di ambil kira untuk melakukan proses ini.
  1. Pastikan SMM versi 2010 (V4 ke atas)
  2. Sediakan Floppy A.
  3. Eksport hanya SATU kelas daripada SMM dalam satu masa. "" IMPORT/EKSPORT >> PPD/JPN >> KELAS ""
  4. Buka Portal LINUS - http://www.moe.gov.my/nkra
  5. Log In >> ID (linusjba****) Pass (8 angka)
  6. Klik pada "Pengisian LINUS"
  7. Baca arahan. (Pilih Kohort, Tahun Kutipan dan Saringan YANG BETUL)
  8. Klik pada "Import Data Sistem MAklumat Muris SMM)
  9. Pastikan Flopy A yang mempunyai data eksport dari SMM tadi telah di masukkan ke dalam Floppy A Drive (Slot Disket)
  10. Mula meng-import daripada Floppy A.
Sekiranya proses berjaya, butiran maklumat murid kelas anda akan tertera di situ.